Saturday, 10 March 2012

Sunnah Nabi


Sunnah Nabi.
Pengertian sunnah- Amalan, Percakapan, - Perbuatan
-         Cahaya
-         Jalan yang lurus
Memulakan sesuatu dengan Bismillah
1)    Menjaga solat tepat waktu
Sebelum solat:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang).”
2)    Mengamalkan 10/12 sunat Nawafil (sunat yang dituntut 1 hari)
3)    Membaca Al-Quran (1 hari dituntut 10 ayat) hak Al-Qurn dituntut 2 kali setahun
4)    Amalkan sunat-sunat Nawafil yang tidak muakkad seperti Duha, Tahujjud, Taubat, Witir, solat sunat Wuduk dan lain-lain.
5)    Belajar ilmu (3 hari tanpa membaca Hadist, hati akan mati)
6)    Zikir
7)    Bersedekah
Zikir
Abdullah Ibnu Buser r.a meriwayatkan bahawa seseorang berkata: “Wahai Rasulullah, peraturan dalam Islam adalah banyak. Kerana itu melaksanakannya adalah perlu. Maka beritahukanlah padaku sesuatu yang dapat aku pegang teguh”. Baginda Saw menjawab: “Pastikan bahawa lidahmu sentiasa sibuk dengan zikrullah.”
Baca Al-Quran
Yang terbaik di antara kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
Menuntut ilmu
Abu darda ra berkata:
Jadilah engkau seorang yang berilmu atau seorang yang memperolehi ilmu atau orang yang mendengar pengajaran ilmu. Dan janganlah engkau menjadi orang yang keempat, iaiti “jahil” nescaya engkau akan binasa.
Sentiasa berwuduk
Nabi Saw bersabda:
Umatku akan dikumpulkan pada hari Qiamat, dalam satu keadaan yang anggota dan muka mereka bercahaya dari bekas wuduk. Oleh sebab itu, barangsiapa yang sanggup di antara kamu untuk memperpanjangkan sinarannya. . . . . Biarlah dia berbuat demikian
Nabi Saw bersabda:
Barangsiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna, maka dosa-dosanya berguguran, bahkan dari jari-jarinya. Menurut pendapat ulama bahawa dosa-dosa kecil diampuni oleh Allah dengan perantaraan wuduk, solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya.
Bersiwak
Nabi Saw bersabda:
Dua rakaat yang dikerjakan dengan bersiwak lebih tinggi nilainya dari 70 rakaat yang dikerjakan tanpa bersiwak.
Adab masak
Tutup kepala
Adab makan
1)    Basuh pergelangan tangan 3x sambil berselawat
2)    Waktu makan tutup kepala (wanita)
3)    Makan dengan tangan kanan
4)    Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
5)    Makan secara berjemaah
6)    Ambil makanan tangan kanan
7)    Sunat mengutip makanan yang berguguran
8)    Makanan dan minuman tidak boleh ditiup
9)    Kacau air lawan jam
10)                      Selesai makan, jilat jari bermula jari tengah, jari telunjuk, ibu jari, jari kelingking dan jari manis
11)                      Ketika makan bentangkan saprah <Kelebihan: Jauhi dari kepapaan)
Adab minum
1)    Minum 3 teguk (first, minum sikit-jangan bernafas dlm cawan. Second, minum sikit, thirt, banyak mane nak minum pun taka pa)
2)    Pegang cawan tangan kanan, jari kelingking di bawah cawan/gelas. (kelebihan: elak dari terkena santau)
Adab tidur
1)    Ambil wuduk sebelum tidur
2)    Kibas tempat tidur 3x sera doa Laa hawlawala quwwata illaa billaah hil ‘aliyyil ‘azim
3)    Baca tasbih Fatimah: Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 34x (InsyaAllah Allah bagi kekuatan 2 orang hamba)
4)    Baca 3 Qul. Hembus pada tapak tangan dan sapu seluruh badan kecuali kemaluan dan tapak kaki. Allah jauhi bdari terkena sihir dan godaan syaitan
5)    Baca Ayat Kursi
6)    Baca Al-Fatihah
7)    Baca surah Al-Ikhlas 3x
8)    Tidur ikut sunnah dengan muka menghadap kearah kiblat. Tangan kanan di bawah pipi kanan dan kaki kanan di atas kaki kiri.
9)    Bangun tidur masukkan air ke dalam hidung sambil selawat
Adab masuk tandas
1)    6/7 langkah sebelum masuk tandas, baca doa
2)    Pakai kasut
3)    Tutup kepala (kalau x, syaitan letakkan najis. Bagaimana solat kita jika ada najis?)
4)    Masuk kaki kiri, keluar kaki kanan

No comments:

Post a Comment