Friday, 23 March 2012

Sunat Nawafil




hy :)
tahu tak apa Sunat Nawafil? okey. . sini nur terangkan oke ^_^
  •  Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada mu’akkad (diperkuatkan) dan ghairu mu’akkad (tidak diperkuatkan).
 oke. . jadi yang penting adalah kita buat yang Muakkad dulu. . :) untuk apa kita buat? 

  • Fungsi Solat Qabliyah (sunat sebelum solat Fardhu) adalah untuk menenangkan jiwa seseorang setelah melalui aktiviti kehidupan seharian yang adakalanya terlalu sibuk sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk khusyuk ketika mendirikan solat fardu. Oleh itu solat Qabliyah berfungsi untuk mententeramkan jiwa serta memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia bagi menyempurnakan solat fardu.
  • Solat Ba’diyah (sunat selepas solat Fardhu) pula bertindak bagi menyempurnakan apa-apa kekurangan yang mungkin wujud ketika melaksanakan solat fardu seperti kesilapan dalam bacaan, tidak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain-lain.
 oke. . dah faham? Alhamdulillah :)
ni sunat-sunat yang dituntut 1 hari (muakkad)
 
Daripada Ummu Habibah radhiallahu’ anha, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 380.
  1. 4 rakaat sebelum Zohor
  2. 2 rakaat selepas Zohor
  3. 2 rakaat selepas Maghrib
  4. 2 rakaat selepas Isyak
  5. 2 rakaat sebelum Subuh.
   oke. . selamat beramal :)

2 comments:

  1. cantik nya blog awk..awesome blog..hehe..btw , nice entry..

    anyway , done follow here & komen ur entry..hit me back..please visit & follow my blog..& please give some an ur opinion my entry also..tq ^^

    ReplyDelete