Thursday, 23 February 2012

~Perkara paling susah bagi orang yang ada ilmu adalah beramal dengn ilmunya...
Perkara yang paling susah bagi orang yang beramal adalah istiqomah...~
♥ salam jumaat ♥

Tuesday, 31 January 2012

Kisah Wali Allah

Ahmad bin Harb mempunyai seorang putera yang masih kecil. Putera ini diajarnya untuk percaya kepada Allah.
Ahmad bin Harb berkata kepada puteranya itu,
“Setiap kali engkau menginginkan makanan atau apa saja, pergilah ke tingkap itu dan katakanlah: Ya Allah, aku meminta….’
Setiap kali anaknya pergi ke tingkap itu, kedua orang tuanya segera menyiapkan segala sesuatu yang diinginkannya.
Pada suatu hari ketika kedua orang tuanya tidak ada dirumah, anak mereka merasa lapar. Seperti biasa dilakukannya, ia pun pergi ke tingkap itu dan berkata:
“Ya Allah, aku minta roti.”
Seketika itu juga diterimanya roti itu. Ketika kedua orang tuanya pulang, mereka melihat anak mereka sedang duduk memakan roti.
“Dari manakah engkau memperolehi roti ini!”
Mereka bertanya.
Dari Dia yang telah memberikan roti kepadaku setiap hari,” jawabnya.
Kedua orang tua itu pun sedar bahawa anak mereka telah melalui jalan yang soleh.

doa senjata orang Mukmin

Rasulullah Saw bersabda:
"Ketahuilah, aku dilarang untuk membaca Al Quran dalam keadaan rukuk dan sujud. Adapun rukuk maka agungkanlah Rabb azza wajallah, sedangkan sujud, maka berusahalah bersungguh-sungguh dalam doa, sehingga layak dikabulkan untukmu". HR Muslim.

Monday, 12 September 2011

*Jangan kita menunda amal hingga datangnya ajal*

Sunnah Nabi.
Pengertian sunnah- Amalan, Percakapan, - Perbuatan
-         Cahaya
-         Jalan yang lurus
Memulakan sesuatu dengan Bismillah
1)    Menjaga solat tepat waktu
2)    Mengamalkan 10/12 sunat Nawafil (sunat yang dituntut 1 hari)
3)    Membaca Al-Quran (1 hari dituntut 10 ayat) hak Al-Qurn dituntut 2 kali setahun
4)    Amalkan sunat-sunat Nawafil yang tidak muakkad seperti Duha, Tahujjud, Taubat, Witir, solat sunat Wuduk dan lain-lain.
5)    Belajar ilmu (3 hari tanpa membaca Hadist, hati akan mati)
6)    Zikir
7)    Bersedekah