Wednesday, 20 June 2012

Fadhilat Jumaat & amalan hari Jumaat


 
Alhamdulillah hari Jumaat akan tiba lagi. . kita masih diberikan masa untuk hidup. . :)
Hari Jumaat ni banyak fadhilatnye . . . jom kite baca yang dah nur ambil dari buku Siyarus Salikin Jilid 1 ^_^
Selamat membaca
 
 
Anda hendaklah bersiap sedia menyambut kedatangan hari Jumaat pada hari Khamis lagi dengan banyak membaca doa, beristighfar dan tasbih selepas solat Asar hari Khamis kerana fadhilat waktu itu menyamai fadhilat hari Jumaat.

Imam Ghazali Rahimahullahu Ta’ala berkata: “Ketahuilah bahawa hari Jumaat  hari yang agung, dengannya Allah memelihara agama Islam dan mengkhususkannya kepada kaum Muslimin.

Nabi Saw bersabda:
Sebaik-baik hari dimana matahari terbit ialah hari Jumaat. Di dalamnya Nabi Adam as dijadikan, beliau dimasukkan ke dalam Syurga, dan diturunkan ke bumi, pada hari Jumaat juga diterima taubatnya, dan meninggal dunia. Padanya berlaku hari Kiamat dan di sisi Allah ianya hari Mazid iaitu hari yang terlebih mulia seperti yang dinamakan oleh para Malaikat di langit. Ia juga hari di mana orang Mu’min melihat akan Allah Swt di Syurga.

Disunatkan memakai serban pada hari Jumaat kerana Nabi Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat Nya berselawat ke atas orang orang yang memakai serban pada hari Jumaat."

Saiyidina Abdullah bin Mas’ud ra berkata: Barangsiapa mengerat kukunya pada hari Jumaat nescaya dikeluarkan penyakit daripadanya dan dimasukkan penawar padanya.
tapi mesti ikut sunnah ye :) macam yang bawah ni. . 

 
Sabda Nabi Saw:
3 perkara yang andainya manusia tahu pahala yang ada di dalamnya nescaya mereka berlari mengejarnya seperti larian unta yang sangat pantas; iaitulah pahala orang yang azan, pahala orang yang berada di saf pertama dan pahala orang yang bersegera pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Semasa berada di dalam masjid itu, ia hendaklah tidak bercakap mengenai hal-hal keduniaan dan perkara-perkara yang sia-sia.

Sabda Nabi Saw:
Barangsiapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 100x, ia datang pada hari Qiamat dengan membawa nur yang andainya dibahagikan nur itu antara makhluk seluruhnya nescaya ia cukup menerangi mereka.
  
Sabda Nabi Saw lagi:
Kamu perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat.

Hadis Nabi Saw yang diriwayatkan oleh Saiyidina Abdullah bin Abbas dan Saiyidina Abu Hurairah ra:
Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya nescaya diberi nur daripada tempat membacanya itu hingga ke Mekah, dan diampunkan dosanya dari satu Jumaat kepada Jumaat yang lain dengan dilebihkan 3 hari, dan 70,000 malaikat berselawat iaitu memohonkan keampunan baginya hingga menjelang waktu Subuh, dan disembuhkannya daripada segala penyakit dan penyakit barah yang bengkak dan pecah di dalam perut, penyakit pinggang, penyakit sopak dan penyakit kusta, serta dibebaskan dari fitnah Dajjal.

Begitu juga disunatkan membaca Al Ikhlas pada hari Jumaat dan malamnya, dan fadhilat membacanya amat banyak, diantaranya sabda Nabi Saw:

"Barangsiapa membaca Al Ikhlas 10x nescaya Allah membina rumah untuknya di Syurga."
"Baragsiapa membaca Al Ikhlas 3x, seolah-olah ia membaca Al Quran seluruhnya"

Ini saje dari nur. .
Amal sedikit dalam ilmu adalah lebih baik daripada amal yang banyak dalam kebodohan. .         
Selamat beramal ^_^ terime kasih. .  
* klw ada yang salah minta tegur ye :) 

      


No comments:

Post a Comment