Anda
hendaklah bersiap sedia menyambut kedatangan hari Jumaat pada hari Khamis lagi
dengan banyak membaca doa, beristighfar dan tasbih selepas solat Asar hari
Khamis kerana fadhilat waktu itu menyamai fadhilat hari Jumaat.
Imam Ghazali
Rahimahullahu Ta’ala berkata: “Ketahuilah bahawa hari Jumaat hari yang agung, dengannya Allah memelihara
agama Islam dan
mengkhususkannya kepada kaum Muslimin.
Nabi Saw
bersabda:
Sebaik-baik
hari dimana matahari terbit ialah hari Jumaat. Di dalamnya Nabi Adam as
dijadikan, beliau dimasukkan ke dalam Syurga, dan diturunkan ke bumi, pada hari
Jumaat juga diterima taubatnya, dan meninggal dunia. Padanya berlaku hari
Kiamat dan di sisi Allah ianya hari Mazid iaitu hari yang terlebih mulia seperti
yang dinamakan oleh para Malaikat di langit. Ia juga hari di mana orang Mu’min
melihat akan Allah Swt di Syurga.
Disunatkan
memakai serban pada hari Jumaat kerana Nabi Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah
dan para Malaikat Nya berselawat ke atas orang orang yang memakai serban pada
hari Jumaat."
Saiyidina
Abdullah bin Mas’ud ra berkata: Barangsiapa mengerat kukunya pada hari Jumaat
nescaya dikeluarkan penyakit daripadanya dan dimasukkan penawar padanya.
tapi mesti ikut sunnah ye :) macam yang bawah ni. .
Sabda Nabi
Saw:
3 perkara
yang andainya manusia tahu pahala yang ada di dalamnya nescaya mereka berlari
mengejarnya seperti larian unta yang sangat pantas; iaitulah pahala orang yang
azan, pahala orang yang berada di saf pertama dan pahala orang yang bersegera
pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Semasa berada di dalam masjid itu, ia
hendaklah tidak bercakap mengenai hal-hal keduniaan dan perkara-perkara yang
sia-sia.
Sabda Nabi
Saw:
Barangsiapa berselawat
ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 100x, ia datang pada hari Qiamat dengan
membawa nur yang andainya dibahagikan nur itu antara makhluk seluruhnya nescaya
ia cukup menerangi mereka.
Sabda Nabi
Saw lagi:
Kamu perbanyakkanlah
berselawat ke atasku pada hari Jumaat.
Hadis Nabi
Saw yang diriwayatkan oleh Saiyidina Abdullah bin Abbas dan Saiyidina Abu
Hurairah ra:
Barangsiapa
yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya nescaya
diberi nur daripada tempat membacanya itu hingga ke Mekah, dan diampunkan
dosanya dari satu Jumaat kepada Jumaat yang lain dengan dilebihkan 3 hari, dan
70,000 malaikat berselawat iaitu memohonkan keampunan baginya hingga menjelang
waktu Subuh, dan disembuhkannya daripada segala penyakit dan penyakit barah
yang bengkak dan pecah di dalam perut, penyakit pinggang, penyakit sopak dan
penyakit kusta, serta dibebaskan dari fitnah Dajjal.
Begitu juga
disunatkan membaca Al Ikhlas pada hari Jumaat dan malamnya, dan fadhilat
membacanya amat banyak, diantaranya sabda Nabi Saw:
"Barangsiapa
membaca Al Ikhlas 10x nescaya Allah membina rumah untuknya di Syurga."
"Baragsiapa membaca
Al Ikhlas 3x, seolah-olah ia membaca Al Quran seluruhnya"
Ini saje dari nur. .
Amal sedikit dalam ilmu adalah lebih baik
daripada amal yang banyak dalam kebodohan. .
Selamat beramal ^_^ terime kasih. .
* klw ada yang salah minta tegur ye :)